BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 22, 2009

Inikah Cinta?



"Aku sakit,

bila menatap matamu,
sadarku bahwa engkau bukan milikku,
aku sakit,
bila ku mengagumimu,
sadarku kau tak pernah mengagumiku..
bangunkan aku dari tidur panjangku,
sadarkan aku dari mimpi tentangmu..
kusalah bilaku berharap padamu..
salahku paksa kau tuk mengagumiku..."

Lagu yang berkumandang di corong radio kereta Toyota Vios
milik ibu Farhana benar-benar menyentuh kalbunya.
Lirik lagu
Aku Sakit dendangan Wali Band yang puitis seolah-olah memerli
diri Farhana yang sedang dalam kegundahan. Segera Farhana
menoleh ke arah luar
tingkap. Dia sedang cuba menyembunyikan
persaannya. Namun, daripada riak wajahnya sudah pun jelas
terpancar akan isi hatinya kala itu. Masakan tidak perasan
kalau keadaannya pun sudah seolah-olah orang yang sedang
melayan perasaan.

Farhana hanya membiarkan dirinya dipagut rasa sedih
tanpa cuba membuang segala prasangka yang tidak itu
daripada datang bertandang. Wajarkah dia terus-terusan
membiarkan andaian itu menghantui dirinya?? "Aizal..."
Hanya itu sahaja yang terungkap di bibirnya. Akan tetapi,
suara yang lahir daripada bibirnya yang munggil itu hanya
didengari oleh Yang Maha Pencipta. Tidak betah
untuknya menyatakan secara terang-terangan. Mungkin
sudah ditakdirkan untuk Farhana hanya mencintai Aizal
secara diam-diam. Tetapi siapa sangka sekiranya
cintanya akan dibalas.

"Manusia cuma mampu mengatur tetapi Allah yang bakal
menentukan", itulah yang sering dipertuturkan ibunya,
Puan Fatimah. Farhana kelihatan sedikit menganggukkan
kepalanya tanda benar dalam diam apabila dialog itu terungkap
di mindanya. Dia tersenyum. Kembali menyanyi-nyanyi kecil
seolah-olah tiada duka di hatinya. Tanpa Farhana sedari,
ibunya menggelengkan kepala apabila
melihat keletah anak perempuangnya yag seorang itu.
Namun, tiada kata-kata yang terucap dibibir ibunya.
Hanya senyuman yang terukir.

Saturday, November 21, 2009

Cinta???


Jika disebut soal cinta, pasti ramai yang tahu...
Jaranglah kita dengar orang tidak ketahui tentang cinta..
Cinta mempunyai terlalu banyak perngertian mengikut pada pendapat masing-masing yang ingin mentasirkan erti cinta yang sebenar.

Sememangnya cinta itu indah untuk dilayari.. Tetapi akan menjadi perit sekiranya kasih yang bertaut antara Adam & Hawa hanya bertahan untuk seketika waktu.. Namun, cinta bukan sahaja bererti 'cinta' antara seorang jejaka dan gadis sahaja.. Cinta juga menunjukkan rasa sayang dan kasih kita kepada Allah, rasul, ibu bapa dan juga keluarga. Cuma yang bezanya hanyalah cara cinta itu dicurahkan...