BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 15, 2010

Dilamun Rindu ~ Apit

mengapa ketika bila aku sendirian

terkenang kenangan waktu kita bersamapilu rasa hati
bila engkau tiada di sisi

indah waktu itu
bila engkau di sampingku
seakan dunia milik kita berdua
kini kau tiada
hanya aku dilamun rindu..

mengapa kau menghilangkan dirimu.
katakanlah sayangku..
sehingga...
kau hancurkan hidupku..

berikanlah kesempatan
untuk aku menjelaskan..
agar engkau kan fahami
apa yang telah terjadi

tak perlu kau meragui
ketulusan hati ini
kerna aku disalah mengerti

tidak pernah pun terlntas
untuk aku menduakan
kerna ku telah berjanji
cinta kita kan abadi

tak perlu kau mengkhianati
cinta yang luhur dan murni
di atas tohmahan orang lain...

indah waktu itu
bila engkau di sampingku.
seakan dunia milik kita berdua
kini kau tiada hanya aku dilamun rindu..x2

hari isnin itu!

cuma tinggal beberapa hari lagi untuk aku pulang ke kampus. gembirakah aku?? entahlah..aku sendiri tidak ketahui akan hatiku sendiri. pelik bukan?

aku ingat lagi peristiwa dua hari lepas. hari tersebut juga merupakan hari raya yang keempat, iaitu tanggal 13hb September 2010. pagi itu aku terima satu panggilan daripada rakanku, Ain juga merangkap teman karibku. ain mengajak aku beraya di rumah Cikgu Haizura. pantas aku melihat jam yang tertera di skrin telefon bimbitku yang tertera dengan jelas jam menunjukkan angka 9 pagi.   aku berfikir sejenak. 'aku belum mandi lagi!'

"husna, hang nak p dak?" ain terus menyoal melalui corong telefon.
"nak..nak..tapi aku tak mandi lagi.."
"aku pun tak mandi lagi ni.." kedengaran suara tawa ain di sebelah sana.
aku turut ketawa mendengar jawapan daripada ain.
"ok..aku nk p mandi dulu.satg bila da siap aku bagi tau hang k?"sambungku dengan tawa yang masih bersisa.

gembira benar aku mendengar suara ain. sudah lama aku tidak berbual dengannya. aku senyum sendirian.
setelah butang merah ditekan, aku capai tuala yang digantung di penjuru bilik lantas aku berlalu ke bilik air.
 seusai mandi, aku berdiri di hadapan meja solekku sambil memperbetulkan baju kurung ungu yang sedia tersarung ke tubuhku. apabila sudah puas membelek, tudung kupakai. kutatap wajahku sepuas-puasnya di cermin. setelah puas menilik satu persatu wajahku di cermin, kucapai Sony Ericsson milikku lalu menaip butir kata yang terlintas di fikiran aku. cepat sahaja jemari aku menekan punat-punat yang ada pada telefon bimbit. mesej yang aku taip sudah pun diterima ain.

aku berlari keluar sesudah bersiap.sekarang aku sedia untuk bertolak ke tempat yang dijanjikan. abah aku juga berada di luar kala itu. aku toleh kanan ke arah rumah jiranku dan aku lihat makcik imah sedang berdiri di hadapan pagar rumahnya. 'mungkin abah sedang berbual dengannya.kenapa muka makcik Imah kurang berseri? sakitkah dia? atau aku saja yang tersalah pandang?' getus hatiku. aku biarkan soalan itu berlalu. tidak pula aku soal akan kesihatannya. terlupa barangkali.  aku berkira-kira di dalam hati  hendak bersalaman dengan makcik Imah. namun belum sempat aku berbuat demikian, ain sudahpun tiba bersama kereta kancil milik emaknya itu. aku membatalkan niatku tadi. aku segera berlari ke arah ain. sambil bersalaman dengan ain, aku mengajaknya masuk ke dalam rumahku dahulu. saat berpatah balik untuk masuk ke rumah itulah aku menggunakan peluang untuk bersalaman dengan makcik Imah serta mengucapkan selamat hari raya. ain juga berbuat demikian.

bila aku mendongak, mataku secara tidak sengaja memandang ke arah pintu rumahnya. mataku sekali lagi secara tidak sengaja bertaut dengan mata anak lelaki kedua makcik Imah. 'ungu??!' hanya itu yang terlintas difikiranku. sama ada aku senyum atau tidak padanya aku sendiri tidak pasti. rasanya tingkahku waktu itu cuma biasa.

aku terus menarik tangan ain. "jom ain masuk rumah!"
ain hanya menurut. "duduklah dulu.makan kuih tu. aku buat air jap." aku terus bergerak ke dapur untuk mengambil air untuk ain. setelah siap, gelas ku tatang ke meja makan di bahagian ruang tamu. gelas yang tadi berada di dalam genggamanku telah pun bertukar tangan. "minumlah."
"terima kasih." balas ain setelah meneguk air oren yang aku sediakan.

kami berdua bersembang sebentar sebelum kami bergerak keluar dari rumahku.

Wednesday, June 23, 2010

apa dah jadi ngn aku nieh??

tanggal 23hb...
aku masih sabar menanti..
masih setia menunggu..

hati aku tidak keruan!
kenapa?
aku sendri tidak pernah ketahui..
yang ada cuma satu..
dia..

siang aku sunyi..
panas sang mentari tidak aku rasa bahangnya
jiwa aku sedikit bercelaru,
aku dongak ke langit.
kosong!
yang ada cuma gambaran wajah si dia,
sering kali menggugat kewarasanku..
pedomanku..

aku resah..
kenapa dia seakan-akan menyepi??
~,~

Monday, June 21, 2010

hari ini atau semalam???

arghhh.. aku rasa semalam menyenangkan aku...aku keluar dengan kawan-kawan. g ane? village mall!.

keluar sama-sama dari rumah aku..tapi aku yang sampai dulu.. pelik...baru saja separuh jalan, kami dah macam terpisah..

kawan aku g straight..aku lak u-turn.. aku ingatkan isha ngn mahirah nak patah balik, alih-alih aku dapat mesej "hg kt mna? kmi kt intan dh."haha

penat-penat aku bwak mtor slow2...dpa x smpai gak pown,.. lepas baca mesej tu, aku apa lagi..pecut lahhhh..
tunggu bapak lagi.. buang masa aku ja dok slow2 tnggu dpa 2..huhu
time bawak mtor 2, aku rasa cam nak melayang jaaaa.. tak penah lagilah aku pecut mtor 110km/j..huhu
abeh kuat 100 je maybe..asenye x laju pown..kne tukar mtor nieh...kasi ag lju..hehe

time da smpai village mall 2, jam de lah dalam kol 3.30 maybe.. aku cangak2 lah jugak..kot2 isha ngn merah 2 da sampai..tp x nmpk bayang pown..aku call diowg..merah ckp "on the way."

yg aku da smpai lme da.. 10 min gak ar aku tggu..nek bowink..cm owg bodo pown de gak..

mse tggu 2..de la nmpk cple nieh..awek ngn balak die 2 naek mtor asing2.. awek die 2 cm over la pulak..
pkai bju ktat..dgn sunglasses nye..huhu..ish3..
cm x ssuai...

elok smpai je isha ngn merah, aku sembor twos..haha.. alih2 aku yg kne balik! huhu :( dpa ckp aku tinggal dpa.. ngtkan dpa da blah tinggal aku..aku pecut jela..dah la lalu jalan berbeza..huhu

pusing2 dlm uh, x de pape pown yg mnarik..ingat nak beli shawl..tp x jdik lah..syg duet! haha ag pown macam mahal.. de ag tempat yg murah..wt pe nak membazirkan? msok tesco jap. xde pape yg mnarik.

kol 4.25, ktorg da gerak balik.. mula2 aku ingtkan nk ikot je dpa..pas2 jalan yg dpa lalu, aku x bknn sket...
last2, aku blah cm 2 jela..lalu jalan laen gak... :)

time balik 2, aku nmpk sowg mamat nieh...ntah tue ke mude x twu lah.. xpasan..
bwak mtor tgh2 jalan..nak mati agknye..da twu ko 2 kcik, lalu tpi2 dh la..keta nk ptong pown ssh..ish3...jgnkan keta laen..aku nk ptong pown isau..huhu kang aku lak yg kne himpit! haha

time nk smpai umah, guess who i saw! =)



Tuesday, June 1, 2010

countdown... 26days to go

lagi 26 hari merupakan hari pendaftaran kemasukan ke uitm.. rasanya sudah tidak lama lagi.. cuma tunggu untuk menghitung hari sahaja lagi.barang-barang? medical check-up? masih dalam proses..

dalam surat tawaran yang telah aku cetak sebulan yang lalu, sudah tertera bahawa aku bakal di tempatkan di UiTM Bukit Mertajam, Pulau Pinang. jurusan pula, aku telah ditawarkan untuk mengikuti program Diploma Kejuruteraan Kimia. alhamdulillah. seperti yang aku harapkan, itulah yang aku dapat..

aku bersyukur kerana aku masih diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di universiti. bukan semua rakan-rakan sekolah aku mendapat peluang sebegini.. yang pastinya aku adalah yang terpilih. mungkin rezeki aku di sini. syukur kepada Allah. biarpun keputusan aku tidak berapa cemerlang, aku masih bersyukur.

sebelum aku melangkah ke alam baru, aku terlebih dahulu berkenalan dengan bakal rakan-rakan baruku di uitm melalui laman sosial, facebook. dengar khabarnya ramai yang pandai-pandai. 10A, 8A lah..
aku apa yang ada? haha :) itulah yang membuatkan aku sedikit cuak untuk berdepan dengan mereka nanti. bukan malu. tetapi mampukan aku menandingi mereka? mampukah aku bersaing untuk sama taraf dengan mereka? itualah yang sering merunsingkan aku. aku cuma berharap yang aku boleh melakukan yang terbaik untuk membanggakan kedua orang tuaku.. apa-apa pun, aku tidak boleh kalah sebelum berjuang..

"kepada bakal kawan-kawan aku nanti, diharap korang boleh beri tunjuk ajar untuk aku yang serba kekurangan ni"

Monday, May 31, 2010

esok, 1hb Jun 2010..yes, tomorrow! another 1 minutes..

esok pada tanggal 1 Jun merupakan tarikh yang bermakna buat aku! tahu kenapa? rasanya lebih elok perkara ini dibiarkan rahsia diriku sahaja. tidak ada apa yang dibanggakan bagi orang lain. tetapi sudh 6 tahun ia berlalu. ia terlalu bermakna.

esok jugalah adik aku akan pulang dari asramanya. ini bermakna aku tidak akan kesunyian lagi di rumah. cutinya mungkin tidak lama tetapi cukuplah untuk mengisi kekosonganku sepanjang di rumah ini. sama jugalah dengan hari-hari yang lepas. aku masih setia berada di rumah tanpa berbuat apa-apa selama 6 bulan! bukan satu jangka masa yang singkat. ia terlalu lama untuk aku habiskan.banyak bezanya jika hendak dibandingkan dengan masa-masa aku di sekolah dahulu.

apa agaknya agenda aku dengan kepulangan adik kedua aku ini? sudah tentunya aku punya agenda yang tersendiri. aku harap dia tidak menolak untuk menemani aku keluar membeli-belah. masih banyak barang-barang yang aku perlukan nanti. sedangkan semuanya masih belum disediakan. hanya sesetangah barang sahaja yang sempat dibeli semasa keluar dengan kedua orang tuaku hari Jumaat yang lalu.

'cepatlah balik abang! kakak dah tak larat nak tunggu ni..miss u!'

Tuesday, May 25, 2010

aku dah balik!

malam ini aku sudah berada di rumah.. sepatutnya aku masih berada di rumah sepupuku sehingga hari jumaat..namun, disebabkan ibuku menghadapi kesulitan sepanjang ketiadaanku, aku pulang ke rumah..aku cuma menurut sahaja kata-kata ibuku..

petang tadi ibu datang menjemput aku di rumah makcik aku. bila sudah tiba waktu hendak berangkat, aku diarahkan pula untuk memandu..aku turutkan jua.. makcik aku seolah-olah tidak yakin akan aku.. aku hanya tersenyum..aku mula keluar dari rumah besar milik emak saudaraku itu..

kereta aku pandu dengan berhati-hati...
yea..suda sampai di rumah..alhamdulillah :)

peperiksaan SPMku telah berakhir!

peperiksaan SPM aku sudah berakhir! bahagianya..
tiada lagi keluh kesah serta kesusahan yang akan aku lalui untuk
menduduki peperiksaan tersebut... tetapi masih ada lagi yang sukar yang perlu aku hadapi
di masa akan datang.. hanya untuk saat ini sahaja aku mampu bersuka ria..
bukan lagi untu bulan depan! :(

aku telah menamatkan kertas terkahirku pada tahun lepas iaitu pada tanggal 10hb Desember 2009 (khamis) ..kertas terakhir yang aku duduki pada hari tersebut ialah kertas 1 & 2 bagi
subjek Tasawwur Islam..

buat pertama kalinya seumur hidupku, pada hari tersebut aku telah
keluar terlebih awal daripada masa yang diperuntukkan
dari dewan peperiksaan.. kertas terakhir yang aku maksudkan ialah kertas 1 Tasawwur
Islam.. keluar awal tidak bermaksud aku tidak dapat menjawab, tetapi otak aku terlalu bingung kala itu sehinggakan kepala aku pun terasa sakit. sudah berulang kali kertas dihadapanku disemak..namun tiada jua jawapan yang tertulis itu ditukar..cuma beberapa soalan sahaja yang membuatkan aku keliru...sekiranya ditukar, adakah betul atau salah?? itulah yang aku khuatirkan..

kertas soalan sekali lagi kutatap..lantasku letakkan kembali di atas meja.. mata aku meliar melihat sekeliling..aku bosan! rakan-rakan yang lain masih ada yang tengah khusyuk mencurahkan idea di atas kertas jawapan..tinggal aku sahaja yang tidak berbuat apa-apa..20minit pertama peperiksaan dijalankan, aku usai menjawab soalan-soalan yang diberikan.. sekarang masa masih berbaki 30minit..dan 30 minit jualah aku harus korbankan otak dan fikiran aku untuk terus duduk di dalam dewan yang membosanakan bagi aku ...

kepala aku semakin berdenyut-denyut..aku cuba lelapkan mata sementara menunggu masa peperiksaan tamat.. aku mendongak melihat jam yang terletak di hadapan dewan. masih 15minit lagi yang tinggal.. ingin sahaja aku keluar dari dewan ini.. melihat kelibat dua orang rakanku yang berdiri dan melangkah keluar dari dewan, aku cepat-cepat menyimpan semua peralatan tulisku. segera aku berdiri untuk mengorak langkah keluar.

aku mengekori dua orang rakanku yang berada jauh dihadapan. langkahku dipanjangkan lagi.. tiba sahaja di foyer, aku memanggil kawanku Nabila. "Bell, macam mana tadi? susah tak?" terus sahaja soalan aku ajukan setelah kawanku itu berpaling. Zarina hanya memerhati.. kedua-dua mereka kelihatan hairan melihat aku yang berada di hadapan mereka. aku kebingungan. kenapa? dahi aku dikerutkan.

"Husna, hang turun awal? biar betul.." telah jelas apa yang berada di benak mereka dengan pertanyaan yang Zarina ajukan kepada aku. lantas aku ketawa. agak lucu dengan soalan yang dipersoalkan. "salahkah aku keluar awal? orang lain boleh, kenapa aku tidak pula?" soalan dibalas dengan soalan. "hmm..sebulum ni mana ada hang keluar sebelum masa tamat. tu yang kami pelik".

aku tersenyum. yang pastinya hari tersebut merupakan hari terakhir kertas peperiksaan SPM yang aku duduki. tidak mungkin akan aku ulangi hari tersebut.. cukuplah aku merasainya. :)

saat mataku belum terlelap

malam ini dan saat ini...aku berada di rumah sepupuku...aku hampir mati kebosanan kerana sepupuku telah lama dibuai mimpi...aku pula masih segar menatap skrin laptop milik sepupuku ini..entah bila agaknya mata ini akan mengantuk.. aku sendiri tidak tahu..

hari ini juga merupakan hari ke-3 aku di rumah sepupuku ini..untuk apa aku tinggal di sini? aku datang hanyalah untuk menemani sepupuku yang baru pulang dari India untuk menghabiskan cuti semesternya..cuma tinggal tidak kurang 6 hari lagi dia akan berangkat ke India kembali.. selepas ini mungkin lambat pula untuk aku menanti kepulangannya di hari raya..pasti aku bakal merinduinya seperti sebelum ini..
harap dia juga begitu :)