esok pada tanggal 1 Jun merupakan tarikh yang bermakna buat aku! tahu kenapa? rasanya lebih elok perkara ini dibiarkan rahsia diriku sahaja. tidak ada apa yang dibanggakan bagi orang lain. tetapi sudh 6 tahun ia berlalu. ia terlalu bermakna.
esok jugalah adik aku akan pulang dari asramanya. ini bermakna aku tidak akan kesunyian lagi di rumah. cutinya mungkin tidak lama tetapi cukuplah untuk mengisi kekosonganku sepanjang di rumah ini. sama jugalah dengan hari-hari yang lepas. aku masih setia berada di rumah tanpa berbuat apa-apa selama 6 bulan! bukan satu jangka masa yang singkat. ia terlalu lama untuk aku habiskan.banyak bezanya jika hendak dibandingkan dengan masa-masa aku di sekolah dahulu.
apa agaknya agenda aku dengan kepulangan adik kedua aku ini? sudah tentunya aku punya agenda yang tersendiri. aku harap dia tidak menolak untuk menemani aku keluar membeli-belah. masih banyak barang-barang yang aku perlukan nanti. sedangkan semuanya masih belum disediakan. hanya sesetangah barang sahaja yang sempat dibeli semasa keluar dengan kedua orang tuaku hari Jumaat yang lalu.
'cepatlah balik abang! kakak dah tak larat nak tunggu ni..miss u!'

0 comments:
Post a Comment