peperiksaan SPM aku sudah berakhir! bahagianya..
tiada lagi keluh kesah serta kesusahan yang akan aku lalui untuk
menduduki peperiksaan tersebut... tetapi masih ada lagi yang sukar yang perlu aku hadapi
di masa akan datang.. hanya untuk saat ini sahaja aku mampu bersuka ria..
bukan lagi untu bulan depan! :(
aku telah menamatkan kertas terkahirku pada tahun lepas iaitu pada tanggal 10hb Desember 2009 (khamis) ..kertas terakhir yang aku duduki pada hari tersebut ialah kertas 1 & 2 bagi
subjek Tasawwur Islam..
buat pertama kalinya seumur hidupku, pada hari tersebut aku telah
keluar terlebih awal daripada masa yang diperuntukkan
dari dewan peperiksaan.. kertas terakhir yang aku maksudkan ialah kertas 1 Tasawwur
Islam.. keluar awal tidak bermaksud aku tidak dapat menjawab, tetapi otak aku terlalu bingung kala itu sehinggakan kepala aku pun terasa sakit. sudah berulang kali kertas dihadapanku disemak..namun tiada jua jawapan yang tertulis itu ditukar..cuma beberapa soalan sahaja yang membuatkan aku keliru...sekiranya ditukar, adakah betul atau salah?? itulah yang aku khuatirkan..
kertas soalan sekali lagi kutatap..lantasku letakkan kembali di atas meja.. mata aku meliar melihat sekeliling..aku bosan! rakan-rakan yang lain masih ada yang tengah khusyuk mencurahkan idea di atas kertas jawapan..tinggal aku sahaja yang tidak berbuat apa-apa..20minit pertama peperiksaan dijalankan, aku usai menjawab soalan-soalan yang diberikan.. sekarang masa masih berbaki 30minit..dan 30 minit jualah aku harus korbankan otak dan fikiran aku untuk terus duduk di dalam dewan yang membosanakan bagi aku ...
kepala aku semakin berdenyut-denyut..aku cuba lelapkan mata sementara menunggu masa peperiksaan tamat.. aku mendongak melihat jam yang terletak di hadapan dewan. masih 15minit lagi yang tinggal.. ingin sahaja aku keluar dari dewan ini.. melihat kelibat dua orang rakanku yang berdiri dan melangkah keluar dari dewan, aku cepat-cepat menyimpan semua peralatan tulisku. segera aku berdiri untuk mengorak langkah keluar.

aku mengekori dua orang rakanku yang berada jauh dihadapan. langkahku dipanjangkan lagi.. tiba sahaja di foyer, aku memanggil kawanku Nabila. "Bell, macam mana tadi? susah tak?" terus sahaja soalan aku ajukan setelah kawanku itu berpaling. Zarina hanya memerhati.. kedua-dua mereka kelihatan hairan melihat aku yang berada di hadapan mereka. aku kebingungan. kenapa? dahi aku dikerutkan.
"Husna, hang turun awal? biar betul.." telah jelas apa yang berada di benak mereka dengan pertanyaan yang Zarina ajukan kepada aku. lantas aku ketawa. agak lucu dengan soalan yang dipersoalkan. "salahkah aku keluar awal? orang lain boleh, kenapa aku tidak pula?" soalan dibalas dengan soalan. "hmm..sebulum ni mana ada hang keluar sebelum masa tamat. tu yang kami pelik".
aku tersenyum. yang pastinya hari tersebut merupakan hari terakhir kertas peperiksaan SPM yang aku duduki. tidak mungkin akan aku ulangi hari tersebut.. cukuplah aku merasainya. :)

0 comments:
Post a Comment