Monday, May 31, 2010
esok, 1hb Jun 2010..yes, tomorrow! another 1 minutes..
Posted by cRazY-buTtErfLy at Monday, May 31, 2010 0 comments
Tuesday, May 25, 2010
aku dah balik!
Posted by cRazY-buTtErfLy at Tuesday, May 25, 2010 0 comments
peperiksaan SPMku telah berakhir!
tiada lagi keluh kesah serta kesusahan yang akan aku lalui untuk
menduduki peperiksaan tersebut... tetapi masih ada lagi yang sukar yang perlu aku hadapi
di masa akan datang.. hanya untuk saat ini sahaja aku mampu bersuka ria..
bukan lagi untu bulan depan! :(
aku telah menamatkan kertas terkahirku pada tahun lepas iaitu pada tanggal 10hb Desember 2009 (khamis) ..kertas terakhir yang aku duduki pada hari tersebut ialah kertas 1 & 2 bagi
subjek Tasawwur Islam..
buat pertama kalinya seumur hidupku, pada hari tersebut aku telah
keluar terlebih awal daripada masa yang diperuntukkan
dari dewan peperiksaan.. kertas terakhir yang aku maksudkan ialah kertas 1 Tasawwur
Islam.. keluar awal tidak bermaksud aku tidak dapat menjawab, tetapi otak aku terlalu bingung kala itu sehinggakan kepala aku pun terasa sakit. sudah berulang kali kertas dihadapanku disemak..namun tiada jua jawapan yang tertulis itu ditukar..cuma beberapa soalan sahaja yang membuatkan aku keliru...sekiranya ditukar, adakah betul atau salah?? itulah yang aku khuatirkan..
kertas soalan sekali lagi kutatap..lantasku letakkan kembali di atas meja.. mata aku meliar melihat sekeliling..aku bosan! rakan-rakan yang lain masih ada yang tengah khusyuk mencurahkan idea di atas kertas jawapan..tinggal aku sahaja yang tidak berbuat apa-apa..20minit pertama peperiksaan dijalankan, aku usai menjawab soalan-soalan yang diberikan.. sekarang masa masih berbaki 30minit..dan 30 minit jualah aku harus korbankan otak dan fikiran aku untuk terus duduk di dalam dewan yang membosanakan bagi aku ...
kepala aku semakin berdenyut-denyut..aku cuba lelapkan mata sementara menunggu masa peperiksaan tamat.. aku mendongak melihat jam yang terletak di hadapan dewan. masih 15minit lagi yang tinggal.. ingin sahaja aku keluar dari dewan ini.. melihat kelibat dua orang rakanku yang berdiri dan melangkah keluar dari dewan, aku cepat-cepat menyimpan semua peralatan tulisku. segera aku berdiri untuk mengorak langkah keluar.
Posted by cRazY-buTtErfLy at Tuesday, May 25, 2010 0 comments
saat mataku belum terlelap
malam ini dan saat ini...aku berada di rumah sepupuku...aku hampir mati kebosanan kerana sepupuku telah lama dibuai mimpi...aku pula masih segar menatap skrin laptop milik sepupuku ini..entah bila agaknya mata ini akan mengantuk.. aku sendiri tidak tahu..
hari ini juga merupakan hari ke-3 aku di rumah sepupuku ini..untuk apa aku tinggal di sini? aku datang hanyalah untuk menemani sepupuku yang baru pulang dari India untuk menghabiskan cuti semesternya..cuma tinggal tidak kurang 6 hari lagi dia akan berangkat ke India kembali.. selepas ini mungkin lambat pula untuk aku menanti kepulangannya di hari raya..pasti aku bakal merinduinya seperti sebelum ini..
harap dia juga begitu :)
Posted by cRazY-buTtErfLy at Tuesday, May 25, 2010 0 comments
