lagi 26 hari merupakan hari pendaftaran kemasukan ke uitm.. rasanya sudah tidak lama lagi.. cuma tunggu untuk menghitung hari sahaja lagi.barang-barang? medical check-up? masih dalam proses..
dalam surat tawaran yang telah aku cetak sebulan yang lalu, sudah tertera bahawa aku bakal di tempatkan di UiTM Bukit Mertajam, Pulau Pinang. jurusan pula, aku telah ditawarkan untuk mengikuti program Diploma Kejuruteraan Kimia. alhamdulillah. seperti yang aku harapkan, itulah yang aku dapat..
aku bersyukur kerana aku masih diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di universiti. bukan semua rakan-rakan sekolah aku mendapat peluang sebegini.. yang pastinya aku adalah yang terpilih. mungkin rezeki aku di sini. syukur kepada Allah. biarpun keputusan aku tidak berapa cemerlang, aku masih bersyukur.
sebelum aku melangkah ke alam baru, aku terlebih dahulu berkenalan dengan bakal rakan-rakan baruku di uitm melalui laman sosial, facebook. dengar khabarnya ramai yang pandai-pandai. 10A, 8A lah..
aku apa yang ada? haha :) itulah yang membuatkan aku sedikit cuak untuk berdepan dengan mereka nanti. bukan malu. tetapi mampukan aku menandingi mereka? mampukah aku bersaing untuk sama taraf dengan mereka? itualah yang sering merunsingkan aku. aku cuma berharap yang aku boleh melakukan yang terbaik untuk membanggakan kedua orang tuaku.. apa-apa pun, aku tidak boleh kalah sebelum berjuang..
"kepada bakal kawan-kawan aku nanti, diharap korang boleh beri tunjuk ajar untuk aku yang serba kekurangan ni"

0 comments:
Post a Comment