BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 15, 2010

hari isnin itu!

cuma tinggal beberapa hari lagi untuk aku pulang ke kampus. gembirakah aku?? entahlah..aku sendiri tidak ketahui akan hatiku sendiri. pelik bukan?

aku ingat lagi peristiwa dua hari lepas. hari tersebut juga merupakan hari raya yang keempat, iaitu tanggal 13hb September 2010. pagi itu aku terima satu panggilan daripada rakanku, Ain juga merangkap teman karibku. ain mengajak aku beraya di rumah Cikgu Haizura. pantas aku melihat jam yang tertera di skrin telefon bimbitku yang tertera dengan jelas jam menunjukkan angka 9 pagi.   aku berfikir sejenak. 'aku belum mandi lagi!'

"husna, hang nak p dak?" ain terus menyoal melalui corong telefon.
"nak..nak..tapi aku tak mandi lagi.."
"aku pun tak mandi lagi ni.." kedengaran suara tawa ain di sebelah sana.
aku turut ketawa mendengar jawapan daripada ain.
"ok..aku nk p mandi dulu.satg bila da siap aku bagi tau hang k?"sambungku dengan tawa yang masih bersisa.

gembira benar aku mendengar suara ain. sudah lama aku tidak berbual dengannya. aku senyum sendirian.
setelah butang merah ditekan, aku capai tuala yang digantung di penjuru bilik lantas aku berlalu ke bilik air.
 seusai mandi, aku berdiri di hadapan meja solekku sambil memperbetulkan baju kurung ungu yang sedia tersarung ke tubuhku. apabila sudah puas membelek, tudung kupakai. kutatap wajahku sepuas-puasnya di cermin. setelah puas menilik satu persatu wajahku di cermin, kucapai Sony Ericsson milikku lalu menaip butir kata yang terlintas di fikiran aku. cepat sahaja jemari aku menekan punat-punat yang ada pada telefon bimbit. mesej yang aku taip sudah pun diterima ain.

aku berlari keluar sesudah bersiap.sekarang aku sedia untuk bertolak ke tempat yang dijanjikan. abah aku juga berada di luar kala itu. aku toleh kanan ke arah rumah jiranku dan aku lihat makcik imah sedang berdiri di hadapan pagar rumahnya. 'mungkin abah sedang berbual dengannya.kenapa muka makcik Imah kurang berseri? sakitkah dia? atau aku saja yang tersalah pandang?' getus hatiku. aku biarkan soalan itu berlalu. tidak pula aku soal akan kesihatannya. terlupa barangkali.  aku berkira-kira di dalam hati  hendak bersalaman dengan makcik Imah. namun belum sempat aku berbuat demikian, ain sudahpun tiba bersama kereta kancil milik emaknya itu. aku membatalkan niatku tadi. aku segera berlari ke arah ain. sambil bersalaman dengan ain, aku mengajaknya masuk ke dalam rumahku dahulu. saat berpatah balik untuk masuk ke rumah itulah aku menggunakan peluang untuk bersalaman dengan makcik Imah serta mengucapkan selamat hari raya. ain juga berbuat demikian.

bila aku mendongak, mataku secara tidak sengaja memandang ke arah pintu rumahnya. mataku sekali lagi secara tidak sengaja bertaut dengan mata anak lelaki kedua makcik Imah. 'ungu??!' hanya itu yang terlintas difikiranku. sama ada aku senyum atau tidak padanya aku sendiri tidak pasti. rasanya tingkahku waktu itu cuma biasa.

aku terus menarik tangan ain. "jom ain masuk rumah!"
ain hanya menurut. "duduklah dulu.makan kuih tu. aku buat air jap." aku terus bergerak ke dapur untuk mengambil air untuk ain. setelah siap, gelas ku tatang ke meja makan di bahagian ruang tamu. gelas yang tadi berada di dalam genggamanku telah pun bertukar tangan. "minumlah."
"terima kasih." balas ain setelah meneguk air oren yang aku sediakan.

kami berdua bersembang sebentar sebelum kami bergerak keluar dari rumahku.

0 comments: